Monday, November 28, 2011

aku pasrah

aku tidak tahu apa kah salah ku.. dimana kah aku ingin mencari kebenaran.. aku menjadi runsing dan terterkan dengan semua ini.. aku seperti tidak sanggup lagi untuk teruskan hidup ini.. tapi aku tidak mahu menjadi manusia yang keji di sisi ALLAH.. aku masih ada pedoman dan maih waras untuk berfikir.. tapi aku hampir mati dan membunuh lagi satu nyawa yang tidak berdosa.. oh tuhan ampunkan aku.. aku pasrah dengan semua dugaan ini dan aku terima segalanya.. aku perlu kuat dan tabah hadapi segalanya.. ini semua adalah dugaan tuhan untuk ku.. selagi aku berupaya aku akan tempuh segalanya demi 2 nyawa yang masih memerlukan aku.. aku pasrah.. dan harus terus tabah...

Thursday, November 24, 2011

pada siapa

ku terasa sunyi, sepi, kesorangan... hari-hari ku rasa bosan... jiwa ku kosong.. fikiranku melayang-layang entah kemana tiada arah.. kadang ku rasa ingin terbang jauh tapi apa kan daya aku tidak punya sayap dan aku hanya insan hina yang selalu disingkir kan dari mata dunia.. aku lemah aku tak berdaya.. hari ini kaki ku melangkah kosong tanpa arah tuju.. apa yang kulakukan tidak menentu.. tapi ada alasan disebalik kejadian aku begini... tapi pada siapa aku ingin luahkan isi hati ku.. pada siapa harus ku cerita kisah hidup ku.. insan yang hilang arah tuju dan hilang erti hidup... aku buntu.. ku sujud ke illahi tapi masih sama jiwa ku terlalu kosong... pada siapa aku ingin luahkan pada siapa... kenangan pahitku terlalu panjang dan terlalu perit utuk aku luahkan.. tapi aku perlu kan semua ini bagi memberi ketenangan pada diri ku...

Wednesday, November 23, 2011

dunia asing

kehidupan ini ku rasa amat rumit dan aku sendiri tidak memahaminya... diriku terumbang ambing mencari apakah ertinya hidup ini... pada siapa aku bertanya dan pada siapa harus ku cerita semuanya... nurkilan hati ku... cerita hidupku.. adakah aku layak untuk bercerita dan layak untuk meluahkan segala yang terbuku dihati ini.. mungkin aku insan yang tidak layak untuk semua di dunia ini... aku hanya layak mati dan sepi di dunia asing ini.. sampai ke hari ini aku sendiri tidak pernah mengerti apa itu kehidupan yang sebenar.. yang aku tahu aku adalah aku dan tidak siapa tahu diriku di dunia asing ini...

Tuesday, November 22, 2011

berdosa kah aku...

aku berdosa... terlalu banyak dosa yang aku telah lakukan.. aku tidak tahu bagaimana ingin membetulkan keadaan yang telah lama aku rosakan.. hidup ku terasa terlalu hina sehingga aku sendiri takut melihat diriku sendiri... apa yang terjadi sekarang adalah kerana dosaku.. dosa kepada insan yang tidak berdosa.. aku rampas kebahagian orang lain.. aku ceroboh kegembiraan orang lain.. aduh sungguh hinanya aku untuk teruskan hidup ini... tuhan bantulah aku untuk semua kesalahan yang telah aku lakukan... aku insan yang berdosa.. hukumla aku.. seksa la aku.. aku sanggup terima semua ini... aku sanggup hadapi apa jua atas dosa yang telah aku lakukan...tuhan aku serah segalanya pada mu... diriku terlalu hina dan kotor...

Sunday, November 20, 2011

hina kah aku

ku sedar ku tak seberapa jika dibanding dengan orang lain.. aku hanya insan biasa yang hanya punya hati dan perasaan... aku hanya memerlukan kasih sayang dalam hidup ku... kejujuran dan keikhlasan dalam satu perhubungan... aku tahu diriku terlalu hina untuk disayangi... aku diabai seperti kain buruk yang penuh dengan titik hitam... adakah aku tidak layak untuk mendapat kebahagian... dimanakah jawapan nya.... aku sendiri tidak pasti adakah ikhlas aku diterima atau disayangi.. aku tidak pernah merasa bahagia... aku hanya mampu berpura gembira tapi didalam hati hanya tuhan yang tahu.... betapa aku mengharap kebahagian dalam diri ku...senyuman dan tawa ku hanya dusta......
aku pernah berangan ingin ada sebuah keluarga yang bahagia... tapi bahagiakah aku... aku tidak pernah ada sekeping gambar kawin dalam simpanan ku.. gambar berdua atau keluarga tidak sama sekali.. mungkin aku terlalu buruk dan hina untuk ditatapi... mungkin malu jika mengaku aku adalah isteri.. sungguh malang nasib ku tapi.. itu adalah nasib ku... jika kali ini dia pergi aku harus relakannya... aku terpaksa lepaskan agar dia bahagia dan tidak tersiksa tanpa aku si hina ini... kenapa aku diberi hati dan perasaan... kenapa aku diberi penderitaan sebegini... aku hanya aku yang lemah... yang bodoh... yang hina.... aku benci diri ku.... aku mahu terbang seorang diri membawa hati yang luka ini.....

Tuesday, November 8, 2011

KEBEBASAN

apakah itu kebebasan yang sebenar yang di cari...
adakah aku terlalu memaksa sehingga terasa dipenjara..
aku tidak pernah faham dan sampai bila pun aku tidak akan faham...
kenapa adakah.. kepentingan diri meghantui diri sehingga tidak tahu bezakan sama ada penjara atau kebebasan...
aku binggung dan terus binggu kenapa mesti guna kuasa vitoo sehingga aku tidak pernah ada hak untuk bersuara atau bertanya... adilkah ini semua dalam kehidupan...
jika ini dikatakan adil sampai mati pun tidak ada peluang untuk diri meluahkan kata-kata....
akupun mahu kebebasan yang sama jika boleh.. tapi tidak mungkin...
semua hanya mimpi dan mimpi...
aku buntu dan terus buntu.. bagi ku tidak pernah adil bagi kaum ku untuk di perlaku sebegini...
aku terlalu bodoh menilai sehingga hati hancur di kecewa...
mahu bebas aku lepas kan sepenuhnya..
akupun turut akan bebas dan jadi burung terbang tanpa suara... mencari sesuatu yang entah pasti atau tidak milik ku...
kini kau bukan milik ku lagi terbangla kemana jua kau pergi....kau bebas dan terus bebas...